Plak dan bakteria yang berkumpul di sekitar gigi dan gusi boleh menghasilkan gas sulfur yang menyebabkan nafas berbau walaupun sudah berus gigi.
Karang gigi yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan gingivitis (radang gusi), yang jika dibiarkan boleh berkembang menjadi periodontitis (jangkitan gusi kronik).
Penyakit gusi akibat karang gigi boleh menyebabkan gigi longgar atau tertanggal jika tidak dirawat lebih awal.
Plak yang tidak dibersihkan boleh menghasilkan asid yang menghakis enamel gigi, menyebabkan gigi berlubang dan memerlukan rawatan tambahan seperti tampalan atau rawatan akar.
Sisa makanan, minuman seperti kopi/teh, dan tabiat merokok boleh menyebabkan kesan pada gigi, menjadikannya kelihatan kusam dan tidak menarik.
Menanggalkan karang gigi dan plak keras
Menggunakan alat ultrasonik atau manual
Mencegah penyakit gusi dan nafas berbau
Setiap 3 - 6 bulan bergantung pada keperluan
Menggilap gigi untuk permukaan lebih licin dan bersih
Menggunakan bahan khas seperti fluoride paste
Menghalang plak dari melekat semula pada gigi
Biasanya dilakukan selepas scaling gigi
Pencabutan gigi bongsu dengan teknologi moden untuk mengurangkan rasa sakit dan mempercepatkan penyembuhan.
Memulihkan gigi yang rosak atau berlubang supaya kembali kepada fungsinya yang normal dan meningkatkan kekuatan gigi.
Memberikan keselesaan yang lebih baik, masa rawatan lebih singkat, dan kurang rasa sakit berbanding pendakap konvensional.
Menggantikan gigi yang hilang secara kekal dengan menanam skru titanium ke dalam tulang rahang bagi menyokong mahkota gigi palsu.
Setiap gigi palsu direka untuk keselesaan maksimum, kestabilan yang baik, dan penampilan semula jadi agar sesuai dengan bentuk mulut anda.
Pendakap gigi membantu meluruskan gigi, membetulkan gigitan, dan meningkatkan kesihatan mulut secara keseluruhan. Direka khas mengikut keperluan anda untuk hasil yang lebih selesa, berkesan, dan estetik.