Scaling Gigi: 6 Cara Berkesan Membersihkan Plak Gigi & Karang Gigi

Tahukah anda, lebih kurang 25% daripada populasi global berdepan dengan masalah mulut berbau?
Masalah mulut berbau ini bukan setakat berusul daripada faktor pemakanan sahaja tetapi juga boleh berpunca daripada masalah plak dan karang gigi.
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Jom kita memahami bahaya plak dan karang gigi sebagai langkah pertama untuk menjaga kesihatan mulut!
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Jom kita memahami bahaya plak dan karang gigi sebagai langkah pertama untuk menjaga kesihatan mulut!

Apa Itu Plak Gigi dan Karang Gigi?

Plak Gigi

Plak gigi adalah lapisan nipis dan melekit (dikenal sebagai biofilm) yang sentiasa terbentuk pada gigi anda. Ia terdiri daripada bakteria, sisa makanan, kotoran, dan air liur. Walaupun baru terbentuk, plak mungkin tidak kelihatan dengan mata kasar.
Plak biasanya akan terbentuk sepenuhnya dalam masa 1-2 hari jika gigi langsung tidak diberus. Pada peringkat awal, plak tidak berwarna tetapi ia akan berubah warna menjadi putih kekuningan jika tidak dibersihkan dengan baik.
Pengumpulan plak pada gigi berisiko menyebabkan kerosakan gigi atau gigi berlubang akibat penghasilan asid yang menghakis enamel gigi. Sementara itu, plak yang melekat pada gusi boleh mengakibatkan gusi membengkak dan radang gusi (gingivitis).
Keadaan ini juga boleh menyebabkan nafas berbau, kerana bakteria dalam plak menghasilkan sebatian sulfur yang menjadi punca bau yang tidak menyenangkan.

Karang Gigi

Karang gigi, juga dikenali sebagai tartar, adalah peringkat di mana lapisan plak telah mengeras. Ia terbentuk apabila deposit mineral dari air liur anda bercampur dengan plak yang tidak dibersihkan.
Peringkat ini berlaku apabila plak mula mengeras menjadi karang gigi dalam masa beberapa hari. Proses ini boleh berlaku lebih cepat pada sesetengah orang berbanding yang lain, bergantung kepada kandungan mineral dalam air liur individu dan kebersihan mulut.
Karang gigi biasanya terkumpul atas garisan gusi dan apabila diraba dengan lidah, tekstur tersebut adalah lebih keras dan kasar berbanding dengan plak. Pada dasarnya, semakin gelap warnanya, semakin banyak karang gigi yang terbentuk.

Tempah Temujanji Anda Sekarang

Klinik Pergigian Yeo menawarkan rawatan pergigian profesional di Jitra dengan harga berpatutan dan perkhidmatan mesra pelanggan.

Plak Gigi vs Karang Gigi

Plak dan karang gigi bukan sahaja menjejaskan senyuman anda, malah boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang lebih serius. Tahukah anda bahawa terdapat perbezaan antara kedua-duanya?
Perbezaannya termasuklah:
Ciri-ciri Plak Gigi Karang Gigi
Warna Tidak berwarna atau putih kekuningan lut sinar Kekuningan, coklat, atau kehitaman
Tekstur Lembut dan melekit Keras dan kasar
Cara Hilangkan Memberus gigi dan flos setiap hari Hanya boleh dibuang oleh profesional pergigian
Kesan Awal Bau mulut, kemerahan gusi dan mungkin berdarah Keradangan dan gusi bengkak, bau mulut yang lebih ketara

Diagnosis Awal Bagi Plak Gigi dan Karang Gigi

Pengesanan plak dan karang gigi pada peringkat awal adalah penting untuk mencegah masalah yang lebih serius kelak. Berikut adalah beberapa kaedah diagnosis yang boleh anda lakukan:

1. Kaedah Diagnosis Sendiri di Rumah

Keadaan dan kesihatan mulut anda adalah tanggungjawab penting anda yang perlu sentiasa dipelihara dengan sebaiknya. Terdapat beberapa cara sederhana yang dapat membantu anda mengesan keberadaan plak dan karang gigi di rumah:
  • Rasai Permukaan Gigi Anda
    Permukaan gigi anda yang kasar atau bernoda perlu diwas-was. Cara paling berkesan yang boleh anda megesannya adalah dengan meraba sekeliling gigi menggunakan lidah anda. Plak, terutama yang baru terbentuk, seringkali terasa sebagai lapisan tipis yang kasar atau lengket.

    Anda perlu perhatikan kawasan-kawasan di sepanjang garis gusi, permukaan belakang gigi, dan celah-celah gigi anda kerana tempat-tempat ini cenderung menjadi kawasan penumpukan plak.
  • Dedahkan Plak Gigi dengan Disclosing Tablet
    Tablet pendedah plak ataupun disclosing tablet adalah alat bantu visual yang sangat berguna bagi membolehkan anda melihat tempat-tempat yang memerlukan lebih penumpuan untuk pemberusan.
Tablet ini mengandung pewarna makanan yang aman dan akan bereaksi dengan plak, mewarnainya menjadi merah (bagi pembentukan plak baru) , biru (bagi pembentukan plak yang lama), atau warna lainnya.
Disclosing tablet juga boleh menawarkan cara yang menyeronokkan dan menarik untuk mendidik kanak-kanak tentang kesihatan mulut . Terdapat banyak tablet yang dijual dengan perisa buah-buahan yang menarik seperti perisa pisang, strawberi, dan beri.
Cara menggunakannya cukup mudah:
  • Kunyah satu tablet secara menyeluruh selama sekitar 30-60 detik.
  • Biarkan air liur anda menyebar ke seluruh permukaan gigi.
  • Berkumur dengan sedikit air tanpa menelan. Kawasan gigi yang berwarna menunjukkan adanya plak. Ini membantu anda mengenal pasti tempat yang memerlukan lebih perhatian untuk proses memberus dan flos.

2. Pemerhatian Visual & Tanda Fizikal yang Boleh Diperhatikan

  • Pemerhatian Tanda Plak Gigi
    Pembentukan plak pada permukaan gigi anda mungkin sukar untuk dilihat dengan mata kasar pada peringkat awal disebabkan warnanya yang lut sinar ataupun sama dengan warna gigi.

    Namun, kesihatan gigi yang tidak dijaga dengan rapi akan berhadapan dengan pengumpulan lapisan tipis berwarna putih kusam atau kekuningan, terutamanya di garisan gusi.
  • Pemerhatian Tanda Karang Gigi
    Pemerhatian tanda karang gigi berbanding dengan plak lebih ketara kerana ia tampak sebagai lapisan keras yang melekat kuat pada permukaan gigi.

    Warnanya pula bervariasi daripada kekuningan hingga coklat, bahkan kehitaman seiring waktu.
  • Gusi Merupakan Penunjuk Kesihatan Mulut
    Selain permukaan gigi anda, gusi turut merupakan penanda yang baik untuk menentukan kesihatan mulut anda.
Gusi yang sihat memiliki ciri-ciri berwarna merah muda dan tidak mengalami pembengkakan atau pendarahan saat disentuh, diberus, atau saat menggunakan benang gigi.
Jika anda melihat gusi berwarna merah cerah atau keunguan, bengkak, terasa nyeri, atau mudah berdarah, ini adalah penunjuk keradangan yang seringkali disebabkan oleh penumpuan plak dan karang gigi.

3. Pemeriksaan Profesional oleh Doktor Gigi

Pemeriksaan rutin oleh doktor gigi anda adalah langkah penting dalam diagnosis awal dan pencegahan masalah mulut yang lebih lanjut.
Doktor gigi memiliki pengetahuan, pengalaman, dan alat khusus untuk mengesan plak dan karang gigi, bahkan di tempat luar jangkauan berus gigi anda.
Beberapa prosedur yang meliputi rawatan ini termasuk:

  • Scaling
    Scaling merupakan proses pembersihan karang gigi yang dilakukan oleh doktor gigi anda.
Mereka akan menggunakan peralatan khusus sama ada manual maupun ultrasonik, untuk mengikis dan menghilangkan plak serta karang gigi dari permukaan gigi dan kawasan di bawah garis gusi yang tidak dapat dijangkau dengan berus gigi biasa. Proses ini sangat penting untuk menghentikan perkembangan penyakit gusi.
  • Periodontal Probing
    Periodontal probing adalah prosedur diagnostik untuk menilai kesihatan gusi. Doktor gigi anda akan menggunakan alat kecil dan tipis (dikenali sebagai probe) dengan penanda ukuran milimeter padanya.
Alat ini dimasukkan secara perlahan ke dalam celah antara gigi dan gusi (sulcus gingiva). Pengukuran kedalaman poket gusi memberikan maklumat penting tentang kehadiran keradangan dan kerosakan jaringan pendukung gigi akibat penyakit gusi yang disebabkan oleh plak dan karang gigi yang tidak diubati.
Poket gusi yang lebih dalam dari yang berciri sihat (1-3 mm) biasa menjadi penanda gingivitis atau periodontitis .
  • X-ray
    Bagi sesetengah kes pesakit, terutamanya jika doktor gigi anda mencurigai kehadiran kerosakan tulang akibat penyakit gusi yang disebabkan oleh karang gigi yang sudah lama ada, x-ray gigi mungkin diperlukan.
X-ray panoramik dan periapikal dapat memberikan gambaran tentang keadaan tulang rahang dan gusi di sekitar gigi anda serta membantu mengenal pasti tingkat kehilangan tulang yang mungkin terjadi.
Langkah ini penting untuk menentukan tingkat keparahan penyakit gusi dan merencanakan perawatan yang tepat bagi anda supaya tidak berterusan.

Ubah senyuman anda hari ini!

Ubah senyuman anda hari ini! Dari pemeriksaan biasa hingga rawatan ortodontik, Klinik Pergigian Yeo menyediakan pelbagai perkhidmatan pergigian untuk seisi keluarga.

Kenapa Diagnosis Awal Penting?

Diagnosis awal untuk masalah plak dan karang gigi bukan hanya tentang menjaga senyuman yang indah, tetapi juga tentang mencegah pelbagai masalah kesihatan mulut yang lebih serius, yang pada akhirnya dapat mempengaruhi kesihatan tubuh anda secara menyeluruh.
Jom kita ketahui masalah besar apa yang boleh dicegah dengan tindakan kecil:
  • Nafas berbau kronik (halitosis): Bakteria dalam plak dan karang gigi menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.
  • Gusi berdarah & bengkak (gingivitis dan periodontitis): Keradangan gusi yang disebabkan oleh plak dan karang gigi boleh menyebabkan gusi berdarah semasa memberus atau flos, dan jika tidak dirawat, boleh berkembang menjadi periodontitis, di mana gusi mula menjauhi gigi dan tulang penyokong gigi rosak.
  • Karies gigi & enamel reput: Asid yang dihasilkan oleh bakteria dalam plak menghakis enamel gigi dan boleh menyebabkan masalah kaviti.
  • Gigi longgar atau tanggal: Dalam kes penyakit gusi yang teruk akibat karang gigi yang tidak dirawat, tulang yang menyokong gigi boleh rosak, menyebabkan gigi menjadi longgar dan akhirnya tertanggal.
  • Risiko penyakit sistemik: Beberapa kajian menunjukkan kaitan antara penyakit gusi (yang disebabkan oleh plak dan karang gigi) dengan peningkatan risiko penyakit sistemik seperti jangkitan bakteria dalam badan dan penyakit jantung. Walaupun penyelidikan masih berterusan, menjaga kesihatan mulut anda adalah penting untuk kesihatan keseluruhan.

Bagaimana Mencegah Plak Sebelum Ia Jadi Karang

Mencegah pembentukan plak adalah strategi utama untuk menjauhi diri anda daripada karang gigi dan pelbagai masalah kesihatan mulut yang lain.
Ibarat membendung banjir sebelum ia melanda, mencegah plak bermakna kita menjaga kebersihan mulut secara proaktif. Berikut adalah enam langkah penting yang boleh anda amalkan:

1. Memberus Gigi Dua Kali Sehari dengan Ubat Gigi Berfluorida

Salah satu senjata utama menentang plak adalah dengan menggunakan ubat gigi berfluorida! Amalkan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, iaitu pada waktu pagi selepas sarapan dan sebelum tidur. Gunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida kerana bahan ini mempunyai kebaikan berikut:
  • Fluorida: Fluorida merupakan bahan perisai kuat untuk enamel gigi anda kerana ia berfungsi menguatkan lapisan enamel anda supaya lebih tahan lasak terhadap serangan asid yang dihasilkan oleh bakteria plak.

    Ia juga membantu dalam proses remineralisasi, iaitu memperbaiki enamel gigi yang mungkin telah mengalami kerosakan awal akibat asid.
  • Zinc Citrate: Sesetengah ubat gigi yang diperkaya dengan zinc citrate terbukti berkesan dalam membantu melawan dan mengurangkan pembentukan plak pada permukaan gigi.
  • Silika Lembut: Kandungan silika lembut dalam ubat gigi juga membantu membersihkan permukaan gigi dengan berkesan tanpa mengikis atau merosakkan lapisan enamel.
  • Elakkan SLS Jika Mulut Anda Sensitif: Sodium Lauryl Sulfate (SLS) adalah bahan yang menghasilkan buih dalam kebanyakan ubat gigi. Walaupun ia membantu dalam proses pembersihan, SLS boleh menyebabkan iritasi atau ulser mulut pada sesetengah individu yang mempunyai mulut sensitif. Jika anda mengalami masalah ini, pertimbangkan untuk bertukar kepada ubat gigi yang tidak mengandungi SLS.
Tips tambahan: Jangan menggosok semberono! Utamakan teknik circular atau fones pemberusan gigi yang betul iaitu pergerakan ulang-alik yang pendek. Bagi membanteras pembentukan plak secara berkesan, anda juga harus menggosok gigi selama 2 minit .

2. Gunakan Flos Setiap Hari

Peranan menggunakan berus gigi sewenang-wenangnya untuk membersihkan mulut anda tidak cukup kerana hanya 60% permukaan gigi anda yang akan dibersihkan.
Oleh itu, flos gigi ataupun benang gigi memainkan peranan penting dalam melupuskan plak dan sisa makanan yang terperangkap di antara gigi dan di bawah garis gusi – kawasan yang sukar dicapai oleh bulu berus gigi.
Amalkan penggunaan flos gigi setiap hari, sebaik-baiknya sebelum memberus gigi pada waktu malam. Ini dapat memastikan plak di celah-celah gigi anda tidak berpeluang untuk mengeras menjadi karang.
Tips tambahan: Sapukan ubat gigi pada flos anda untuk keberkesanan yang lebih tinggi!

3. Bersihkan Lidah Anda

Selain celah-celah gigi, lidah turut merupakan merupakan tempat di mana bakteria boleh berkumpul dan menyumbang kepada masalah bau mulut (halitosis) serta pembentukan plak secara tidak langsung.
Bagi mengatasi masalah ini, gunakan alat pembersih lidah (tongue scraper) untuk membersihkan permukaan lidah anda setiap hari. Gerakkan pengikis lidah dari belakang ke depan lidah secara perlahan untuk menghilangkan lapisan bakteria dan sisa makanan.
Tips tambahan: Gunakan tongue scrapper berbanding dengan berus gigi berbulu lembut untuk menghilangkan sebanyak 30% kotoran pada permukaan lidah anda!

4. Berkumur dengan Pencuci Mulut Antibakteria

Menggunakan pencuci mulut antibakteria selepas memberus dan flossing dapat memberikan perlindungan tambahan terhadap pembentukan plak.
Pencuci mulut ini membantu membunuh atau menghambat pertumbuhan bakteria di dalam mulut, termasuk di tempat yang mungkin ketinggalan dalam proses pemberusan dan flos.
Anda disarankan supaya memilih pencuci mulut yang disyorkan oleh doktor gigi anda kerana sesetengah pencuci mulut antibakteria mengandungi alkohol dan pemanis yang mungkin akan memberi kesan lebih buruk kepada keadaan mulut.
Tips tambahan: Apabila berkumur dengan pencuci mulut antibakteria, pastikan anda berkumur selama 30-60 saat. Anda tidak harus berkumur dengan air sekali lagi selepas proses kerana ia akan mengurangkan keberkesanan bahan aktif tersebut!

5. Elakkan Makanan Manis atau Berkanji yang Melekat

Tahukah anda, bakteria di dalam mulut kita sangat gemar memakan gula dan kanji yang terdapat dalam makanan dan minuman manis serta berkanji.
Proses pencernaan gula dan kanji oleh bakteria menghasilkan asid yang menyerang enamel gigi dan menyumbang kepada pembentukan plak.
Oleh itu, kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis atau berkanji, terutamanya di antara waktu makan (selain menjaga kesihatan gigi, ia juga baik untuk kesihatan anda!). Jika anda mengambilnya, usahakan untuk memberus gigi anda selepas itu atau sekurang-kurangnya berkumur dengan air.

6. Lawat Doktor Gigi Setiap 6 Bulan

Kunjungan rutin ke doktor gigi setiap enam bulan adalah sangat penting. Pemeriksaan gigi profesional membolehkan doktor gigi mengesan masalah gigi dan gusi pada peringkat awal, termasuk tanda-tanda awal pembentukan plak dan karang gigi yang mungkin tidak anda sedari.
Klinik pergigian seperti Klinik Pergigian Yeo, berpengalaman dalam pembersihan gigi profesional (scaling) untuk menghilangkan plak dan karang gigi yang telah terbentuk dan tidak dapat anda hilangkan sendiri di rumah.
Doktor gigi anda juga dapat memberikan nasihat dan panduan yang disesuaikan dengan keadaan kesihatan mulut anda.

Dapatkan Senyuman Sihat, Berseri!

Di Klinik Pergigian Yeo, kami memahami betapa pentingnya kesihatan mulut anda. Pasukan profesional pergigian kami yang berpengalaman bertekad untuk memberikan penjagaan yang terbaik untuk mencegah dan merawat plak dan karang gigi.
Jangan biarkan plak dan karang gigi merosakkan senyuman dan kesihatan anda.
Hubungi Pergigian Yeo hari ini untuk menempah temujanji anda!

Soalan Lazim

Bolehkah karang gigi dihilangkan di rumah?

Tidak. Jika anda mempunyai masalh karang gigi, ciri-cirinya yang keras dan melekat kuat pada gigi tidak boleh dikeluarkan sendiri di rumah. Ia hanya boleh dibuang secara profesional oleh doktor gigi anda melalui proses pemebersihan gigi iaitu scaling.

Berapa lama plak gigi boleh berubah menjadi karang?

Plak boleh mula mengeras menjadi karang gigi dalam masa 24 hingga 72 jam sahaja jika tidak dibersihkan dengan teknik dan proses menggosok gigi yang betul.

Kalau saya selalu gosok gigi, kenapa masih ada karang?

Walaupun memberus gigi adalah salah satu langkah penting yang perlu dilakukan setiap hari, ia mungkin tidak dapat menjangkau semua kawasan mulut, terutamanya di celah-celah gigi dan di bawah garis gusi.
Bagi mengelakkan pembentukan karang gigi, anda perlu utamakan flossing dan menjadualkan pembersihan profesional secara berkala untuk mencegah pembentukan sepenuhnya.

Adakah semua orang mengalami karang gigi?

Kebanyakan orang akan mengalami pembentukan karang gigi pada satu tahap dalam hidup mereka, tetapi jumlah dan kelajuannya boleh berbeza-beza bergantung kepada kebersihan mulut, diet, dan faktor genetik.

Bolehkah karang gigi hilang sendiri kalau saya jaga gigi betul-betul?

Tidak, karang gigi yang sudah terbentuk tidak akan hilang dengan sendirinya walaupun anda meningkatkan rutin kebersihan mulut anda. Ia memerlukan pembersihan profesional.
Anda seharusnya lawati doktor gigi anda dengan secepat mungkin supaya masalah kesihatan mulut yang lain tidak wujud sehingga boleh menjejas kesihatan tubuh anda.

Table of Contents

Dapatkan Rawatan Pergigian Profesional di Klinik Pergigian Yeo Hari Ini!

Kami bersedia membantu keluarga anda dari kanak-kanak hingga warga emas dengan rawatan khas yang selamat, selesa, dan berkualiti tinggi.

Kepakaran Pergigian Lain-Lain

Ketahui jenis braces gigi, kelebihan, kos, cara penjagaan, dan jawapan kepada soalan-soalan lazim yang sering ditanya oleh pesakit braces untuk...
Jangan biarkan plak jadi musuh senyap mulut anda. Temui 6 cara terbaik dan terbukti berkesan untuk hilangkan plak gigi di...